I will Always Love You

Friday, March 26, 2010 at 1:58 AM

Pagi hantar adriana ke kelas

Thursday, March 25, 2010 at 7:57 PM
registration untuk anak buahku adriana, huhu agak payah buat masa 1st time ni, kat umah bukan main semangat nak g kelas... siap breakfast, pakaian lengkap... adik dia alysah just tgk je gelagat akak (adriana).. koz dia pon nak ikut sama pagi2 tu, kesian sampai nagis si alysah nak ikut akak(adriana)...



- 1st pic ni gambar lama.. tak sempat nak tangkap pagi tadi-
- 2nd pic sempat tangkap kat tempat kelas adriana-





nvmm... apa blh buat... sampai je kat kelas terus muka dia cam tekejut sbb tgk ramai budak2... biasa la 1st time, agak terlalu malu2 kucing . Walau macam mana pon kena biasakan adriana dgn fren dia kat kelas... koz yang hantar dia nanti adalah Aku.. hah janggggggg laa adriana ( bila dah smpai kelas jgn nak ikut uncle balik ok ).. koz uncle also got work to do ....

ps: ok takat free time aku blog posting ni...ptg ni aku n tunang ku :) best nak g ambik kad kawin...

Antara aku dan dia

at 2:29 AM
diari seorg lelaki... smlm aku dan tunang ku , kira nye aku dah lama besama dgn dia ...sejak dari skolah bekwan , kapel hingga tunang.. selama 10 tahun.. agak lama tu..tapi persefahaman kita cukup beza .. tak sama... tapi ikatan tu memang kuat ...pada dia pada aku, kita sebaya umor 25, anak pertama pulak tu... dugaan ni ada n saat2 nak kawin ni la susah mcm2 la dugaan dtg melanda tapi aku harus tabah... dan banyk bersabar... tunangku pon sama bnyk dugaan dia melanda...tapi cam mana la dia blh hadapi... dia betul kuat , aku kadang tu kagum gak dgn dia , keje + studii ,hmm demi masa depan ...

p/s: harap aku blh jadi cam dia dapat buat yg terbaik...

kerusi

Tuesday, March 23, 2010 at 11:08 PM




kerusi cam ni kalau duduk sakit ooo... heheheh tapi look nice gak, cam edit Photoshop je... keke apa pon layan je la gambr kat ats ni kekeke.... :P

SMS Faces

at 10:20 PM
:-) Smiley
(-: Also smiling
:) Smiling without a nose
:' ) Happy and crying
:-( ) Smiling with mouth open
8-) Smiling with glasses
[:-) Smiling with walkman
:-)8 Smiling with bow tie
{:-) Smiling with hair
d:-) Smiling with cap
C:-) Smiling with top hat
(:-) Smiling with helmet
:-)= Smiling with a beard
&:-) Smiling with curls
#:-) Smiling with a fur hat
:-D Laugher
;-) Twinkle
;) Twinkle, without nose
:-* Kiss
@}--\-,--- A rose
:-( Sad
:( Sad, without nose
:'-( Crying
:-c Unhappy
:- Angry
:-(0) Shouting
:-<> Surprised
%-6 Not very clever
:-( ) Shocked
:-~) Having a cold
:-o zz Bored
:-\ Sceptical
: @ Shouting
:-o Appalled
:-X Not saying a word
-I Sleeping
-O Snoring
%-} Intoxicated
:-v Talking
:-w Talking with two tongues
B-) Sunglasses
B:-) Sunglasses on head
8:-) Glasses on head
{:-) Toupee
}:-( Toupee blowing in the wind
=:-)= Uncle Sam
<:- Monk / Nun
:^) Broken nose
-:-) Punk
@:-) Using a turban
:=) Two noses
:-# Razes
<-) Chinese
:-{) With a moustache
:-{} Lip stick
:-? Smoking a pipe
:-( Very angry

nasi bungkus

at 10:16 PM
hadeh... aku tadi dah beli nasi bungkus... Tunang aku call nak makan sama tak dek teman tapi mesra kesian lak dia, pastu dia lak nak p kedai print shop nak tgk kad kawin dah siap ke belum.. hmm sory la ina...

Arsenal Vs Barcelona

at 8:13 PM

ala... ni yg tak best ni awal2 dah nak lawan barcelona....haiyss.... apa pon gO Gunners.......

Because you Love Me

at 12:50 AM

Catcheye KIik Klik Klik....

Monday, March 22, 2010 at 9:08 PM
Catcheye Acerol

Apabila kasih terhenti

at 7:12 PM

Oleh Nik Rusfa Syafiq
(edited)

TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:

TENANGKAN DIRI

  • Kawal emosi

Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.

  • Sentiasa berwuduk

Air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan hati dan jiwa kita.

LUAHKAN

  • Cari teman

Cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. Orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.

  • Berterus-terang

Belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada salah silap kita, jangan takut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.

CARI PETUA

  • Pandang ke depan

Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas, tidak perlu dikenangkan kembali, tapi perlu ambil peduli untuk tidak diulangi.

  • Cari yang berpengalaman

Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih dulu makan garam. Mungkin masalah yang sedang dihadapi, telah mereka hadapi terlebih dahulu. Kekadang cara mereka lebih romantik berbanding dengan gaya orang muda.

KUATKAN ROHANI

Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita – kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.

  • Amalkan baca Al-Fatihah

Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.

  • Amalkan ayat Seribu Dinar

Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu (surah at-Talaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.

Harus diinsafi, seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.

MEMBERI PELUANG

  • Diri sendiri

Buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. Bukan sekadar angin tidak dapat masuk, cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Tinggal mereka dalam sebuah rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. Buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain. Tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.

  • Orang lain

Dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. Apa yang sering berlaku adalah, kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan. Pendek kata, ego.

  • Maaf dan memaafkan

Inilah perkara yang sukar untuk dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bahkan bertambah mulia di sisi Tuhan. Janganlah menunggu Aidilfitri, baru kemaafan di pohon. Kemudian berilah ruang dan peluang untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.

Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan.

sumber dari :http://nurjeehan.wordpress.com/

Hujan lebat`~`| !|!|!|!!||||||

at 2:04 AM
ala cam ne aku nak balik ni... ish kat depan tu sure banjir.. hadeh.... dah la lapar, nak masak nasi goreng... huh~

persiapan perkahwinan hampir tiba...

at 12:17 AM



tup tup tup... cpt masa berlalu... dah tinggal be-berapa bulan je lagi untuk aku jadi seorang SUAMI.. harap aku blh lalui dengan sempurna seperti orang lain.. doakan kebahagian ku dgn tunang ku hazlina di alam perkahwinan nanti.... Amin.

my ....twinker twinker little star

Thursday, March 18, 2010 at 2:15 AM

gambar edit -1

at 1:58 AM

Penat nye hari nii...

at 1:55 AM
cuaca pans sejuk panas sejuk.... huhu pagi kena g jumpa client kat puchong, pastu g show room ford jalan templer, pastu g showroom jalan iph.. masuk opis buat keje t-shirt design, huhu + flyers, hmm tengah ari tadi dpt la makn besama yg tersyg hazlina... hah x salah eja nama dia .. hehehehe nanti salah eje dia majuk :( ... susah nak pujuk :P kekeke .. ok nak letak gambar ..

Kasut nike untuk di jual...

Tuesday, March 16, 2010 at 10:19 PM
Price: RM 250

kasut nike original terpakai
masih keadaan baik
saiz 9


go to url : www.mudah.com.my

p/s:aku dah post kat situ.... mudah.com.my
Related Posts with Thumbnails